PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN

PENYAKIT DAN UBAT-UBATAN

Maklumkan pada doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan atau mengambil ubat-ubatan kerana perkara ini berkait rapat dengan masalah kesihatan mulut. Selain itu, rawatan pergigian yang khusus juga mungkin perlu dilakukan

Masalah Kesihatan

Perkara yang perlu diambil perhatian

Tekanan Darah Tinggi (hypertensi)

  • Pendarahan yang tidak berhenti selepas cabutan gigi atau pembedahan mulut.
  • Pitam semasa bangun daripada kerusi pemeriksaan pergigian.

Diabetes

  • Penyakit ini berkait rapat dengan penyakit gusi (penyakit periodontium) .
  • Luka lambat sembuh dan mudah dijangkiti kuman .
  • Mengalami masalah mulut kering (xerostomia).

Masalah Jantung

  • Antibiotik mungkin perlu diberi untuk rawatan gigi tertentu .
  • Pendarahan yang berpanjangan mungkin berlaku selepas rawatan membersih gigi (penskaleran), cabutan, atau pembedahan jika anda mengambil ubat anti pembekuan darah.
  • Rawatan kecemasan perlu disediakan .

Masalah Pendarahan

  • Pendarahan yang berpanjangan, jangkitan kuman atau proses penyembuhan yang lambat mungkin berlaku selepas penskaleran, cabutan gigi atau pembedahan mulut .
  • Rujukan ke hospital yang mungkin perlu dilakukan.

Hepatitis / HIV / TB

Prosedur tertentu perlu dilakukan sebelum dan selepas rawatan pergigian kerana sistem ketahanan badan yang lemah .

 

*RUJUKAN: KKM & NSM