JERAT SIBER

LAPORAN AKHBAR BERKAITAN JERAT SIBER

HOBI JERAT DIRI

KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang kaji pelajaran.Itu rutin Syafika, 19, sama ada ketika berada di institusi pengajian tinggi atau pulang ke rumahTapi, hobi itu akhirnya menjadi racun apabila terjebak dengan lelaki miang yang rupa-rupanya mempunyai niat serong di sebalik perkenalan di alam maya.Menceritakan kisah silamnya, Syafika berkata, pada mulanya dia menggunakan laman sosial hanya untuk mencari kenalan.Namun, katanya selepas mempunyai ramai kenalan lelaki, ada antara mereka mengajak dia keluar malah tidak kurang juga sanggup membayar untuk 'tidur' bersamanya.Pada awalnya dia agak keberatan untuk menerima pelawaan berkenaan, bagaimanapun, selepas dipujuk dan ditawarkan bayaran lumayan, akhirnya dia tewas dan terjebak dalam kancah kehidupan sosial terbabit.

“Sebelum ini, saya hanya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki. Selepas kami berpisah, saya tidak berjumpa mana-mana lelaki dan akhirnya tidak dapat menahan nafsu sendiri.

“Sebab itu, saya menerima pelawaan seorang lelaki untuk menemaninya. Dia memberikan saya sejumlah wang tetapi dengan syarat saya perlu mengadakan hubungan seks dengannya.

“Kerana nafsu dan wang tunai yang ditawarkan, akhirnya saya merelakan diri dinodai. Sejak itu, saya aktif melakukan kegiatan ini meskipun masih belajar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Bagi mendapatkan kemewahan dengan cara mudah selain melampiaskan nafsunya, Syafika mula menjerat kaum lelaki hidung belang.

“Sejak berjinak-jinak dengan kegiatan berkenaan, saya mula berasa kemewahan. Dengan merahsiakan segala kegiatan ini daripada pengetahuan keluarga, saya semakin aktif melayan lelaki yang dahagakan seks menerusi laman sosial.

“Kini, saya mengenakan bayaran RM80 kepada sesiapa yang menghubungi saya di laman sosial terbabit. Setidak-tidaknya, saya dapat mengumpul wang tambahan sebanyak RM500 sebulan,” katanya.Bagi mengelak identitinya diketahui, Syafika bertindak memadamkan akaun laman sosialnya selepas mendapat mangsa yang dikehendaki kemudian membukanya semula atas nama berbeza.

“Saya meletakkan gambar sebenar dalam keadaan yang mengghairahkan. Selepas ada lelaki yang cuba berkenalan, saya memberitahu perkara sebenar dan kebanyakannya setuju untuk membayar.

“Kemudian, mereka memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank saya dan menjemput saya di tempat yang dijanjikan. Selepas itu, terpulang kepada mereka untuk membawa saya ke mana saja.

“Selepas selesai, saya akan memadam akaun laman sosial dan buka yang baru. Setidak-tidaknya, tidak ada yang dapat mencari saya kembali,” katanya. Menurut Syafika, setakat ini aktiviti nakalnya masih belum diketahui ibu bapanya kerana dia bijak menyembunyikan kegiatan berkenaan.

“Kadang-kadang, saya 'online' di rumah saja. Ibu dan ayah tidak menghalang saya menggunakan Internet lebih-lebih lagi atas alasan menyiapkan tugasan universiti.

“Lagipun, mereka tidak mengesyaki apa-apa memandangkan penggunaan laman sosial kini menjadi kepentingan ramai termasuk pelajar seperti saya. Begitupun, saya bukanlah pelacur tetapi lebih kepada golongan bohsia yang sukakan aktiviti sosial,” katanya.Selain Syafika, Dira, 20, turut menggunakan laman sosial untuk mencari ‘teman’ bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Menurutnya, pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam membuatkan dia lebih aktif mencari teman selain mengumpul wang sampingan.

“Kebiasaannya, jika saya menerima pelanggan di dalam kelab malam, ‘mummy’ akan mengambil sedikit keuntungan daripada apa yang saya dapat. Sebab itu saya mencari kenalan baru atau pelanggan menerusi Internet. Setidak-tidaknya, saya memperoleh keuntungan bersih.

“Lagipun, kerja ini tidak susah. Jika ada yang memasukkan wang ke dalam bank, saya akan mengambil cuti daripada bekerja dan mengikut lelaki itu. Jika bekerja sekalipun, belum tentu saya mendapat pelanggan,” katanya.Menurutnya, penggunaan laman sosial memudahkannya melakukan pekerjaan itu. Katanya, meskipun sekadar suka-suka atau demi mencari kemewahan, tiada sesiapa dapat mengesyaki apa yang dilakukannya.

“Mudah dan senang. Lagipun, saya tidak perlu bekerja keras kerana kebanyakan lelaki yang kemaruk seks suka menjadikan laman sosial sebagai tempat mencari pasangan.

“Lagipun, cara begini lebih praktikal daripada ‘menjaja badan’ di tepi jalan. Silap-silap nanti, terserempak dengan kaum keluarga ataupun ditahan pihak berkuasa,” katanya.

 14 SEPTEMBER 2010

KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan. Lebih mengejutkan ada mangsa yang terjerat itu seawal usia 11 tahun selepas terperangkap dengan kata-kata manis menerusi laman terbabit.
Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, sSeorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak kecil oleh keluarganya.

“Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.

“Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.

“Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

7 OGOS 2010

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang. Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai.
Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan. Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup.

“Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.

20 JULAI 2010

KEPALA BATAS: Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya. Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.

5 JUN 2010

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Asia Barat. Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh.
Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Ita, 35, kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu. Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan.

13 MAC 2010

KUALA LUMPUR: Kata- kata memikat dan ayat meraih simpati menjadi helah seorang penganggur mengikis wang beberapa wanita dalam satu masa. Dengan penampilan menarik, kasanova berusia 20-an, itu menggunakan laman sosial di Internet untuk mencari mangsa sebelum dipujuk bertemu.Mangsa yang ‘cair’ dengan pujuk rayu lelaki terbabit diajak menjadi kekasih dan pada masa sama, wanita yang menjadi sasaran dipujuk menyerahkan wang ribuan ringgit kepadanya untuk berbelanja. Difahamkan, lelaki itu bekerjasama dengan seorang lagi rakannya untuk memperalatkan wanita sebelum ‘melesapkan’ wang mangsa.Mangsa terbaru, seorang wanita berusia awal 20-an yang bertugas sebagai penolong pegawai perancang ekonomi di sebuah syarikat di ibu kota.

30 JANUARI 2010

KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang wanita dengan teman lelaki warga asing melalui Internet kononnya mahu memperisterikannya mengundang padah apabila menerima ugutan gambar bogelnya akan disebarkan kepada umum semata-mata enggan membayar sejumlah wang kepada lelaki terbabit.Mangsa yang mahu dikenali sebagai Annie, 32, berkata dia mengenali lelaki berusia 30-an dikenali ‘William Bobby Madolf’ melalui Internet sebelum perhubungan mereka intim, pada Mac 2009.

“Kami hanya berkomunikasi atau ‘berdating’ melalui laman sosial berkenaan dan dia (lelaki) yang mendakwa bekerja sebagai doktor perubatan di Amerika itu berjanji mengahwininya.

“Kerana terlalu percaya dan sayang, saya akur permintaannya yang meminta saya menunjukkan seluruh tubuh melalui kamera web beberapa kali,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA.

14 JANUARI 2010

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.