HALANG CINTA HINGGA PAKSA MINUM RACUN

HALANG CINTA HINGGA PAKSA MINUM RACUN

KUALA TERENGGANU: Hubungan cinta tidak direstui dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa minum racun oleh empat lelaki tidak dikenali pada 19 Oktober lalu.

Lebih mengejutkan kumpulan lelaki terbabit mempunyai talian persaudaraan dengan teman wanita mangsa yang berusia 16 tahun.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan berkata, polis berjaya menahan tiga lelaki dari Kampung Gondang, Marang dipercayai suspek dalam kejadian itu secara berasingan.


“Ketiga-tiga lelaki terbabit ialah bapa saudara gadis itu berusia 39 tahun ditahan pada 20 Oktober lalu, manakala bapa tirinya berusia 45 tahun dan abangnya berusia 17 tahun ditahan pada 24 Oktober lalu.

*RUJUKAN

MYMETRO