SABAH

SABAH

TEMPAT MENARIK DI SABAH

Sepilok Orang Utan Sanctuary
Ia adalah salah satu destinasi pelancongan terletak di 25 km dari bandar Sandakan, Sabah Malaysia. Ini adalah tempat yang terbesar di dunia bagi Pusat Rehabilitasi Orang Utan. Kawasan ini seluas 11,000 hektar hutan dara telah disisihkan bagi kawasan perlindungan Orang utan. Di sinilah Orang utan yang telah tersesat ke kawasan hutan diselamatkan.

Gua Gomantong
Gua Gomantong yang berjarak sekitar 32km selatan Sandakan, adalah rumah bagi lebih daripada satu juta burung Walet. Dalam gua, burung membina sarang mereka tinggi pada dinding dan atap gua. Sarang ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Sungai Kinabatangan
Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah dan merupakan hotspot bagi kepelbagaian kehidupan mamalia dan burung. monyet, Orang utan liar, buaya muara, kucing liar dan dan pelbagai lagi spesies yang paling menarik dan luar biasa yang menduduki hilir dataran sungai tersebut.

Poring Hot Springs
Poring Hot Springs terletak di sempadan selatan Kinabalu Park. Jika anda ingin ke sana, perjalannya lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu atau 40km dari Taman Kinabalu. Tempat ini boleh merehatkan badan anda yang keletihan setelah puas berjalan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak kolam air panas yang menarik di sini.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia

. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee). Syurga bawah laut ini sememangnya berhak digelar salah sebuah destinasi menyelam skuba terunggul di dunia. https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

 

Batu Punggul
Gua-gua terpencil dengan bongkahan batu kapur raksaksa dan dikelilingi bunga-bunga Rafflesia dan orkid liar yang cantik. https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

Lembah Danum
Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan. Lembah Danum terletak jauh di dalam hutan hujan tropika dara di Sabah, Malaysia dan merupakan Hutan Dipterokarp Pamah. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang berkeluasan 43,800 hektar (438 km persegi) ini adalah Hutan Simpan Kelas 1 di bawah Kawasan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah

Taman Kinabalu
Taman Kinabalu merupakan sebuah taman negara yang telah diwartakan pada 2002, dan terletak di negeri Sabah, Malaysia di bahagian utara pulau Borneo. Taman Kinabalu dihiasi oleh dengan Gunung Kinabalu yang tersergam dengan ketinggian 4,101 meter, yang merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Taman Kinabalu merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagaian habitat dari kawasan rendah tropika, kawasan hutan hujan tropika, sehingga kawasan hutan gunung tropika, hutan separa alpine, dan sehingga tumbuhan renek pada kearas tinggi. Ia telah dikelaskan sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara dan amat kaya dengan contoh tumbuhan flora dari Himalaya, China, Australia, Malaysia termasuk tumbuhan tropika sejagat.

https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gifPulau Lankayan
Pulau kecil yang diliputi hutan ini telah meraih reputasi sebagai sebuah destinasi menyelam yang terunggul di Asia.

Pulau Layang Layang
Topografi terumbu karang unik berhampiran pulau ini di tengah Laut China Selatan menjadikannya destinasi impian penyelam skuba.

Pulau Mabul
Chalet mewah bertiang kayu dan terumbu karang yang cetek menawarkan pengalaman menyelam skuba bertaraf antarabangsa meletakkan Pulau Mabul di dalam kelas yang tersendiri. https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

 

Gua Madai
Suku kaum Idahan mengutip sarang burung yang berharga dalam suasana yang meriah di sini . https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

Taman Laut Pulau Tiga
Taman laut yang mengandungi tiga buah pulau indah serta perairan sejernih kristal memikat penyelam skuba dari seluruh dunia. Pulau Tiga terkenal sebagai lokasi pengambaran rancangan TV realiti Survivor yang pertama.

https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gifPusat Perlindungan Orang Utan Sepilok
Salah sebuah dari empat pusat Orang Utan di dunia, Sepilok kini menjadi destinasi pelancongan utama Negeri Sabah.

 

Rainforest Discovery Centre (RDC)
Rainforest Discovery Centre (Pusat Penemuan Hutan Hujan) terletak di Sandakan, di kawasan Hutan Simpan Kabili - Sepilok. https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

 

Gunung Kinabalu Via Ferrata
Aktiviti via ferrata yang dilakukan di permukaan batu-batuan Panar Laban Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di dunia. https://www.tourism.gov.my/my/images/clear.gif

Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi. Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.

Maliau Basin
Kawasan Maliau adalah sebuah kawasan tadahan semulajadi, dan tidak pernah diterokai selama berjuta tahun lamanya. Lembangan Maliau atau Maliau Basin terletak di Sungai Maliau dan Sungai Kinabatangan di negeri Sabah. Sungai Maliau merupakan anak sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia, selepas Sungai Rajang.Lembangan ini merupakan salah satu kawasan semula jadi yang masih menjadi misteri sehingga kini. Ia disempadani oleh tubir yang unik dan menggerunkan. Lembangan yang berbentuk hampir bulat boleh dilihat dari udara. Ia merangkumi kawasan hutan asli seluas 390km persegi.Ia mempunyai ekosistem sendiri, belum pernah diduduki secara tetap dan mempunyai tinggalan kawasan yang luas untuk diterokai dan didokumentasi.Menurut sumber ysnet.org, keseluruhan lembangan ini merupakan kawasan tadahan air tunggal luas, yang hanya disalirkan oleh sebatang sungai sahaja iaitu sungai Maliau yang mengalir keluar melalui jurang di tenggara lembangan, bertemu dengan sungai Kuamut dan akhirnya sungai Kinabatangan, jalan air yang terbesar dan terpenting di Sabah.

GUA-GUA DI SABAH
Di sabah, gua-gua batu kapur yang mempunyai sarang burung layang-layang adalah seperti berikut:
a) Muara Kinabatangan
1. Gomantong
2. Materis
3. Panggi
4. Keruak
5. Bod Tai
6. Ulu Sungai Resang
7. Supu
8. Baladut
9. Batangan
b) Hulu Kinabatangan dan pendalaman
10. Batu Timbang, Ulu Kuamut
11. Melikop (Obang obang)
12. Senobang
13. Lime Cave, Keningau
14. Batu Punggul
15. Pun Batu
c) Darvel Bay
16. Madai
17. Baturong
18. Tepadong
19. Segarong
20. Batu Pang
d) Semporna
21. Pulau Gaya (Bodgaya)
22. Pulau Si Amil
e) Sandakan
23. Pulau Berhala
f) Kudat dan pantau barat

24. Pulau Belembangan
25. Melobang
26. Batu Mandi
27. Pulau Mantanani

KATEGORI: Alam Semulajadi

KATEGORI: Bersejarah / Warisan

KATEGORI: Hidupan Liar

KATEGORI: Kebudayaan

KATEGORI: Kota

KATEGORI: Padang Golf

KATEGORI: Pengembaraan / Sukan

KATEGORI: Santai

KATEGORI: Taman

KAWASAN MENARIK DI TAMBUNAN

AIR TERJUN MAHUA

Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua.
Lokasi:-
Kampung Katagaian, Patau Tambunan
Daya Tarikan:-
Keaslian/Keunikan alam sekitar
Ketinggian air terjun lebih kurang 50 kaki
Tempahan dibuat melalui Majlis Daerah Tambunan

GUNUNG TRUSMADI

Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km.Di tempat ini, anda akan merasa bertuah kerana sedang menjejakkan kaki Gunung Trus Madi gunung yang kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. Anda boleh meneruskan pengembaran sehingga ke puncak Trus Madi untuk menawan puncaknya pada ketinggian 8,690 kaki.
Lokasi:-
Hutan Simpanan Trusmadi Tambunan
Daya Tarikan:-
Keunikan Biodiversiti
Keadaan suhu yang sejuk
Merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah/malaysia

BATU GONG

Lokasi:-
Kg. Solibog
Daya Tarikan:-
Seketul batu sebesar besen yang boleh menghasilkan satu set bunyi gong Kadazandusun apabila diketuk.

BATU BAJAU

Peranan batu bata dalam kehidupan manusia zaman silam telah banyak di lupakan ,malah kebanyakan generasi sekarang tidak lagi memahami sejarah dan fungsinya.Dalam keluaran kali ini beberapa buah batu yang masing masing mempunyai cerita ,sejarah dan peranan tersendirinya dimuatkan sebagai tetapan bersama.

BUNGA RAFFLESIA

Lokasi:-
Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan
Daya Tarikan:-
Bunga Rafflesia
Air Terjun

TUGU PERINGATAN MAT SALLEH

Lokasi:-
Kg. Tibabar Tambunan
Daya Tarikan:-
Memerihalkan sejarah Mat Salleh Pahlawan Sabah

PUSAT INFORMASI RAFFLESIA

Sejauh kira-kira 80km perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu, anda akan sampai di Pekan Tambunan, Pekan yang masih menampakkan persekitaran tradisional penduduknya, kadazandusun.Sebaik melepasi beberapa restoran dan motel seperti Gunung Emas, Puncak Damai dan Gunung Alab, anda akan sampai di Pusat Informasi Raffesia, pusat maklumat uang khusus membuka layanan kepada para pengunjung sepanjang masa-masa pejabat. Pusat Maklumat ini berada di sebuah kawasan Hutan Simpan Rafflesia yang turut memiliki pelbagai tumbuh-tumbuhan dara, bahan-bahan semulajadi yang sering dirujuk para pengunjung terutamanya dikalangan penyelidik.

GUNUNG-GUNUNG DI SABAH