Jika Sabah Milik Sulu?

Jika Sabah Milik Sulu?

 

Jika Sabah Milik Sulu?

 

Mungkin rakyat Malaysia tidak terfikir begitu, kecuali rakyat di Sabah itu adalah rakyat Sulu yang berusia 350 tahun.

 

Maksud penulis, 350 tahun itu adalah masa yang silam, jika ia dibincangkan di waktu-waktu selepas makan itu tidak menjadi satu masalah, jika ia dianggap benar dan mahu menyerang menggunakan bala tentera, ia akan menjurus kepada mahkamah antarabangsa, dan ia akan menjadi bahan ketawa sahaja.

 

350 tahun lalu, Sultan Brunei menyerahkan negeri Sabah kepada Sultan Sulu sehingga penghujung hayat Sultan Sulu, kini menjadi alasan yang tuntutan mereka yang tidak munasabah, sebaliknya keturunan Sultan Sulu itu sudah lupa, bahawa mereka pada hari ini sudah tiada tempat dan darjat lagi.

 

Jika ada orang yang anggap negeri Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, jika begitu cuba tanya kepada orang-orang Kadazan di negeri Sabah, mereka telah menetap di negeri Sabah lebih seribu tahun malah lebih lama dari itu, jika mahu lihat siapa yang layak, 350 tahun itu terlalu singkat waktunya.

 

Isu sejarah telah pun diterangkan, kita tidak perlu sebut lagi!

 

Sebaliknya Malaysia perlu ambil perhatian terhadap sikap Filipina pula. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, suasana politik dan pihak media Philipina ambil perhatian berat terhadap perkembangan di negeri Sabah, rata-rata mereka lebih simpati kepada tentera Sulu.

 

Ada sesetengah orang anggap Sultan Sulu hanya mahukan tanah hak mereka sahaja, ada sesetengah dari mereka anggap, ia bukan isu kesultanan Sulu, tetapi ia juga ada kaitannya dengan negara Filipina.

 

Dengan itu, mereka mahu kerajaan Filipina campur tangan, beri tekanan kepada kerajaan Malaysia, sekurang-kurangnya ambil kesempatan itu untuk kemukakan ke peringkat antarabangsa, sekali lagi putuskan hak negeri Sabah itu milik siapa?

Ada sesetengah ahli politik Filipina, mereka mempertikaikan selama ini isu Sabah masih belum ada penyelesaiannya, Filipina masih berhak ke atas negeri Sabah, hari ini tentera Sulu telah pun mencabar, dengan itu sepatutnya ambil peluang dan kesempatan ini untuk kemukakan hak ke atas negeri Sabah.

Presiden Filipina Benigno Aquino III dalam keadaan serba salah, di bawah tekanan hak tanah negara Filipina, jika beliau tangani secara lembut, beliau akan dituduh lemah, dan beliau akan dituduh pengkhianat kepada kepentingan negara.

Jika berdiri di pihak yang wajar dan undang-undang, pastinya presiden Filipina pun tahu bahawa tentera Sulu telah menyerang negara lain, dan tidak boleh dibantu, pada masa yang sama, beliau tidak boleh kerana gara-gara isu itu merosakkan hubungan beliau dengan Malaysia.

Dari segi pandangan sudut umum, Presiden Filipina Benigno Aquino III lebih matang mengendalikan isu ini. Langkah yang pertama beliau telah jelaskan dengan terang antara kerajaan Filipina dengan tentera Sulu, mahu mereka tinggalkan negeri Sabah.

Selepas itu beliau mahu kerajaan Malaysia selesaikannya secara aman, supaya tentera Sulu dapat tinggalkan tempat secara selamat.

Permintaan Benigno Aquino III, pihak Malaysia telah tangguhkan tindakan pasukan keselamatan seterusnya, masa perbincangan dapat dipanjangkan lagi, tetapi akhirnya tanpa menuju sebarang keputusan.

Diikuti dengan suara tembakan, dan tekanan daripada politik dan pihak media Filipina, ia menjurus kepada keadaan yang tidak stabil.

Isu hak tanah kedaulatan Filipina, sebenarnya fakta itu tidak kukuh, sebaliknya mereka pertahankan tuntutan hak peninggalan pewaris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah, isu itu semakin lama semakin kurang sihat.

Pewaris Sultan Sulu kemukakan hak ke atas negeri Sabah, ia bukan sahaja melibatkan negeri Sabah, tetapi ia melibatkan kepulauan-kepulauan di Mindanau, termasuk 5 buah pulau besar serta 800 kepulauan kecil di Philipina.

Jika cadangan tuntutan ke atas Sabah itu dapat diwujudkan, langkah yang pertama, pihak kerajaan Filipina sepatutnya terlebih dahulu pulangkan kepulauan-kepulauan di Filipina kepada pewaris Sultan Sulu.

Tetapi fakta utama, kesultanan Sulu telah pun terhapus. Pada zaman itu apabila Sepanyol berkuasa, telah hancurkan kesultanan Sulu, kawasan jajahan Sultan Sulu diserahkan kepada Filipina.

Selepas itu, perjanjian antara pihak British dan Sepanyol, negeri Sabah di bawah jajahan British, selepas itu daripada milik British diserahkan kepada Malaya, pada ketika itu diselang dengan pungutan undi dari rakyat negeri Sabah itu sendiri, dimana orang-orang Sabah bersetuju tubuhkan Malaysia.

Berkaitan kesultanan Sulu, daripada jajahan Sepanyol bertukar menjadi jajahan Amerika, sehingga Filipina Merdeka, kewujudan kesultanan Sulu terus dinafikan; dan tidak wujud, apa yang dimaksudkan hak dan kuasa Sultan Sulu itu? Tiada kedaulatan, macam mana boleh tuntut hak tanah?

Jika orang-orang Filipina menyokong tuntutan tanah oleh Sultan Sulu, sepatutnya orang-orang Filipina serahkan tanah-tanah dan kepulauan Mindanau kepada kesultanan Sulu, barulah boleh dibincangkan.

Lebih-lebih lagi, hari ini ada 3 orang yang mengaku mereka adalah pemegang tahkta Sultan Sulu, sebenarnya siapa yang benar-benar keturunan Sultan Sulu?

 

https://www.wartarakyat.my