KONSEP PERNIAGAAN & SISTEM

 

Konsep perniagaan internet bercorak ‘affiliates’ adalah amat popular pada masa kini. Anda tidak perlu mempunyai produk sendiri dan tidak perlu menjual secara fizikal produk tersebut. Anda hanya perlu mempromosi link laman web peribadi anda dan mengajak rakan-rakan turut serta bersama anda.

 

Hakikatnya telah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan dengan hanya mempromosi produk orang lain dan mengumpul bonus dan komisyen hasil usaha merujuk rakan-rakan kenalan menggunakan produk tersebut.

 

Pemasaran secara affiliate adalah merupakan cara paling efektif menjana pendapatan secara online. Program ini memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mendapatkan keuntungan melalui internet.

 

Memandangkan program pemasaran affiliate amat mudah disertai dan terdapat imbuhan lumayan yang ditawarkan, maka semakin ramai orang mula menyertai model perniagaan internet ini.

 

Ingat! Seperti mana perniagaan konvensional yang lain, anda juga tidak boleh duduk diam apabila anda telah memulakan perniagaan. Anda perlu menghebahkan kedudukan kedai atau premis anda iaitu alamat link laman web anda sendiri.